Wednesday, April 16, 2014

BUKIT PUTUS CHALLENGE 2.O PERPATIH MTB JAMBOREE

 
more update , click here
 
 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2, Jamboree MTB Perpatih.

Tarikh: Ahad 17 Ogos 2014
Tempat: Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
Masa Pelepasan: 8.00 - 8.30 (akan dikemaskini kelak)
Jarak kayuhan: Lebih kurang 30 km.
GPS: 2.69992, 102.00670 (2° 41' 59.712", 102° 0' 24.1194")
Setelah berjaya mengendalikan Cabaran Bukit Putus ver 1.0 pada tahun 2011, kami di Perpatih Cycling seakan-akan menyepikan diri untuk mengendalikan acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi.
Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 30 km sahaja.
Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untuk Cabaran Bukit Putus 2.0. Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan.

"BIAR HONGEH JANJI PUEH"

(Tiring but satisfying)
 
FAKTA ACARA
 
SETIAP PESERTA YANG MENDAFTAR AKAN MENERIMA 'GOODIES BAG' YANG BERISI
1) NO PLET
2) CHIP TRANSPONDER (bagi kategori RACE sahaja)
3) KUPON CABUTAN BERTUAH
4) KUPON MAKAN
5) TSHIRT (DRY FIT ) KENANG-KENANGAN
 
CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE)
Yuran Penyertaan = RM 60 (beserta chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja

Kategori Yang di pertandingkan

1) Lelaki Remaja ( 15-18 tahun)
2) Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun)
3) Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas)
4) Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas)


PESERTA CBP2.0 AKAN DILEPASKAN 15 MINIT AWAL SEBELUM PELEPASAN PESERTA JAMBORI

JAMBORI PERPATIH 2014
Yuran Penyertaan = RM 50 (tiada chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja

Tiada kategori yang dipertandingkan

PESERTA JAMBORI PERPATIH AKAN DILEPASKAN 15 MINIT SELEPAS PESERTA CBP 2.0

CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR




  • Klik disini --->http://bikeaway.com.my/announcement/view.cfm?AID=242)
  • No untuk dihubungi mengenai pendaftaran - Annuar Salehan 012 9783978 atau Camp 010 6438883.
  • Kepada yang mendaftar secara berkumpulan anda boleh emailkan butiran seperti Nama, IC, H/P, Kelab, Race/Jamboree kepada bukitputuschallenge@yahoo.com.my  .Pastikan anda sertakan sekali nama ketua atau pengurus pasukan untuk memudahkan kami membuat tindakan susulan atau pertanyaan.
  • HADIAH WANG TUNAI UNTUK CBP2.0

    untuk semua kategori yang di pertandingkan








                                        Juara – RM 500

                                Kedua – RM 300

                                Ketiga – RM 200

                                Keempat- RM 150

                                Kelima – RM 100
     
    CABUTAN BERTUAH
    Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah.
     
    TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN 'GOODIES BAG'
    (akan dikemaskini)
     
    GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN
    (akan dikemaskini)
     
    PENAJA
    (akan dikemaskini)