more update , click here
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2, Jamboree MTB Perpatih.
Tarikh: Ahad 17 Ogos 2014
Tempat: Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
Masa Pelepasan: 8.00 - 8.30 (akan dikemaskini kelak)
Jarak kayuhan: Lebih kurang 30 km.
GPS: 2.69992, 102.00670 (2° 41' 59.712", 102° 0' 24.1194")
Setelah berjaya mengendalikan Cabaran Bukit Putus ver 1.0 pada tahun 2011, kami di Perpatih Cycling seakan-akan menyepikan diri untuk mengendalikan acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi.Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 30 km sahaja.
Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untuk Cabaran Bukit Putus 2.0. Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan.
SETIAP PESERTA YANG MENDAFTAR AKAN MENERIMA 'GOODIES BAG' YANG BERISI"BIAR HONGEH JANJI PUEH"
(Tiring but satisfying)
FAKTA ACARA
1) NO PLET
2) CHIP TRANSPONDER (bagi kategori RACE sahaja)
3) KUPON CABUTAN BERTUAH
4) KUPON MAKAN
5) TSHIRT (DRY FIT ) KENANG-KENANGAN
CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE)
Yuran Penyertaan = RM 60 (beserta chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja
Kategori Yang di pertandingkan
1) Lelaki Remaja ( 15-18 tahun)
2) Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun)3) Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas)
4) Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas)
PESERTA CBP2.0 AKAN DILEPASKAN 15 MINIT AWAL SEBELUM PELEPASAN PESERTA JAMBORI
JAMBORI PERPATIH 2014
Yuran Penyertaan = RM 50 (tiada chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja
Tiada kategori yang dipertandingkan
PESERTA JAMBORI PERPATIH AKAN DILEPASKAN 15 MINIT SELEPAS PESERTA CBP 2.0
CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR
untuk semua kategori yang di pertandingkan
Juara – RM 500
Kedua – RM 300
Ketiga – RM 200
Keempat- RM 150
Kelima – RM 100
CABUTAN BERTUAH
Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah.
TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN 'GOODIES BAG'
(akan dikemaskini)
GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN
(akan dikemaskini)
PENAJA
(akan dikemaskini)